Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelabuhan Bintulu dijangka diserahkan sepenuhnya kepada Sarawak Disember ini
  • NASIONAL

Pelabuhan Bintulu dijangka diserahkan sepenuhnya kepada Sarawak Disember ini

Utusan Sarawak 9 months ago
PELABUHAN Bintulu.

PUTRAJAYA: Pelabuhan Bintulu dijangka diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak pada akhir Disember ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pihaknya telah menetapkan garis masa yang jelas dalam proses pemindahan itu.

Katanya, selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak, yang menggariskan peralihan Pelabuhan Bintulu dari pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri, satu mesyuarat penting telah diadakan pada 26 Ogos lalu.

“Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menangani sebarang isu tertunggak dan memastikan peralihan Pelabuhan Bintulu kepada Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) berjalan lancar.

“Kami telah menetapkan garis masa yang jelas, dan kami berada di landasan untuk pelabuhan itu diserahkan sepenuhnya pada akhir Disember 2024,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke dan Uggah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Pejabat Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Uggah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Pejabat Kementerian Pengangkutan di sini adalah mesyuarat pertama jawatankuasa bersama itu sejak kejayaan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 di Parlimen pada 17 Julai 2024.

Loke, sebelum ini berkata, Pelabuhan Bintulu diyakini akan terus menjadi pelabuhan utama bukan saja kepada Sarawak tetapi juga Malaysia sebagai pelabuhan gas asli cecair (LNG) terulung dan dapat diperbesarkan lagi untuk menyokong industri minyak dan gas di Bintulu serta perindustrian di Sarawak.

Continue Reading

Previous: Tunggakan caruman KWSP: 635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia
Next: Syarikat penerbangan perlu kembalikan bayaran penuh kepada pengguna – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.