Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pekerja kem balak di Kapit dipenjara 8 tahun tikam rakan
  • MAHKAMAH

Pekerja kem balak di Kapit dipenjara 8 tahun tikam rakan

Utusan Sarawak 20 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pekerja kem balak dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kapit selepas didapati bersalah menikam rakan sekerja menggunakan sebilah parang.

Hakim Musyiri Peet turut mengenakan denda RM10,000 atau penjara tambahan 10 bulan terhadap tertuduh, Mohammad Roslan Rosli Antopina, 50, atas pertuduhan yang sama.

Oleh kerana gagal membayar denda, Roslan diperintah menjalani hukuman penjara tambahan tersebut, yang berkuat kuasa serta-merta dari tarikh sabitan.

Mengikut pertuduhan, Roslan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan sekerjanya menggunakan parang, dalam kejadian pada 6 April lalu, sekitar 6.00 petang, di rumah pekerja kem pembalakan di Sungai Semawang, Balleh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu berada di kawasan kolam penyimpanan kayu balak dan terdengar jeritan meminta tolong.

Pengadu bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian perut akibat ditikam dengan senjata tajam.

Siasatan mendapati tertuduh bertindak menikam mangsa di bahagian kiri perut kerana berang selepas mangsa mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pemuda dipenjara setahun curi motosikal Demak
Next: Warga emas di Kapit bakar kereta akibat cinta ditolak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.