Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pekebun maut ditembak di rumah panjang Sungai Minus, suspek ditahan
  • JENAYAH

Pekebun maut ditembak di rumah panjang Sungai Minus, suspek ditahan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK telah ditahan oleh pihak polis pada petang semalam. Foto IPD Julau 

JULAU: Seorang lelaki warga emas maut akibat kecederaan tembakan dalam satu kejadian di kaki lima salah sebuah rumah panjang di Sungai Minus, Entabai semalam, dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan penggunaan senjata api.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar 12.20 tengah hari selepas mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Nanga Entaih dalam keadaan cedera parah akibat kesan tembakan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Vincient Belingau, 69, seorang pekebun, disahkan meninggal dunia pada 11.49 pagi oleh pegawai perubatan klinik tersebut akibat kecederaan tembakan pada bahu kanan yang menyebabkan pendarahan serius.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.00 pagi di kaki lima bilik nombor lapan apabila mangsa yang baharu pulang dari kebun sawit telah ditembak menggunakan senapang patah jenis SBBL 12-bore shotgun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

BARANG kes yang turut dirampas oleh pihak polis dari suspek.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek, seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun yang juga seorang pekebun dan tinggal di rumah panjang yang sama, dipercayai telah melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

“Suspek dipercayai bertindak demikian selepas berasa tidak berpuas hati apabila mangsa menegur perbuatannya bermain dengan senjata api di kawasan rumah panjang serta mengugut untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis,” katanya.

Tambahnya, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau kira-kira 1.35 petang semalam di ruai rumah panjang berkenaan bersama senjata api dan peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Pemeriksaan mendapati senapang patah yang digunakan oleh suspek adalah merupakan milik ibu suspek dan dipercayai diambil tanpa kebenaran dari tempat simpanan sebelum digunakan dalam kejadian tersebut.

“Pelbagai jenis peluru hidup dan kelongsong peluru turut dirampas di lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api serta tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Pihak polis turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan ditegakkan. 

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mahkamah Majistret Bau dakwa 35 individu di bawah Akta Dadah Berbahaya, denda dan penjara dikenakan
Next: Komander AKPS Bukit Kayu Hitam terselamat, kenderaan ditembak ketika ke masjid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.