Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pekan Marudi ‘tenggelam’ semalam
  • TEMPATAN

Pekan Marudi ‘tenggelam’ semalam

Utusan Sarawak 4 years ago
AIR semakin naik menyebabkan beberapa buah perkampungan Melayu dilanda banjir yang membimbangkan penduduk.

MARUDI : Pekan Marudi dan beberapa kawasan kampung sekitar Marudi ditenggelami air semalam meskipun tidak berlaku hujan.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati kawasan pekan turut tidak terkecuali menerima limpahan air ekoran limpahan air dari bahagian Ulu Baram yang mulai surut.

Turut tidak terkecuali menerima limpahan air hingga menenggelamkan permukaan jalan di hadapan pasar raya yang menjadi tumpuan pelanggan.

Dalam pada pada itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Law Poh Kiong dalam kenyataannya, beberapa anggota bomba dari Skuad Alpha Balai Bomba dan Penyelamat Marudi sedang giat melakukan pemantauan di kawasan dan kampung yang terjejas banjir.

Jelasnya air semakin naik di beberapa kawasan perkampungan Melayu di tebingan Sungai Baram, seperti Kampung Narum di mana air sudah memasuki ruang bawah rumah dan di atas jakan raya namun masih dapat dilalui pelbagai kenderaan.

Empat rumah di kawasan Kampung Narum Hilir mencatat aras air sedalam dua hingga tiga kaki namun masih terkawal.

Kampung-Kampung lain yang terjejas banjir ialah Kampung Baru, Kampung Ridan dan Kampung Dagang.

Sementara Kampung Dato Zain Galau kenaikan air menjejaskan ruang tingkat rumah sekitar setengah kaki.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Rezeki bulan Ramadan
Next: PENGUNCIAN MENYELURUH DI SARAWAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.