Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pejalan kaki warga asing maut dilanggar kenderaan di Kampung Wireless
  • KEMALANGAN

Pejalan kaki warga asing maut dilanggar kenderaan di Kampung Wireless

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAUT…Pejalan kaki warga asing maut dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kampung Wireless, Miri semalam. 

MIRI: Seorang pejalan kaki warga asing maut selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kampung Wireless, di sini, sekitar 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 37 tahun.

Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit yang datang dari arah Lapangan Terbang Miri menuju ke Krokop dipercayai telah melanggar mangsa berusia 36 tahun ketika mangsa berada di tengah jalan dan cuba melintas jalan ke arah Kampung Wireless.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Mangsa ditemui 8km dari tempat kejadian di perairan Tekajong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.