BEKENU: Kesemua pejabat agensi kerajaan yang beroperasi di RTC Sibuti tutup dan orang ramai gempar dengan berita tidak sahih tentang wabak virus Covid-19 tular di sini semalam.
Jurucakap boleh dipercayai di RTC Sibuti ketika ditemui Utusan Sarawak berkata, ya memang benar semua pejabat di RTC di sini tutup hari ini (semalam) angkara berita tidak sahih tentang dua warga asing pekerja ladang sawit punyai gajala Covid-19.
Katanya, dua warga asing yang ke Klinik Pergigian RTC kerana sakit gigi sekitar 3.00 petang kelmarin mencurigakan terutama tentang virus Covid-19 pada petang semalam.
“Namun semua itu adalah salah faham di antara kedua-dua belah pihak.
“Pihak pengurusan ladang bagi mewakili pekerjanya semalam telah tampil menerangkan tentang pekerjanya sakit gigi untuk datang ke Klinik Pergigian,” jelasnya.
Sehubungan kejadian itu, demi keselamatan orang ramai telah menyebabkan pihak Majlis Daerah Subis (MDS) teruskan melakukan sanitasi di seluruh pejabat agensi kerajaan di RTC Sibuti semalam.
Utusan Sarawak turut menghubungi pegawai berkuasa di Klinik Kesihatan Bekenu dan Balai Polis Bekenu bahawa setakat ini tiada menerima sebarang laporan tentang jangkitan wabak Covid-19 di Bekenu.
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan jangan mudah percaya tentang berita tidak sahih, bagaimana pun orang ramai dinasihati sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan masing-masing.
Oleh Adum Liu