Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pejabat Premier Sarawak yang baharu dinamakan sebagai Kompleks Satria Pertiwi
  • SEMASA

Pejabat Premier Sarawak yang baharu dinamakan sebagai Kompleks Satria Pertiwi

Utusan Sarawak 1 day ago
KOMPLEKS Satria Pertiwi, pejabat pentadbiran Premier Sarawak yang baharu, sempurna dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis, malam ini. Foto Facebook Sarawakku

PETRA JAYA: Kompleks Satria Pertiwi, pejabat pentadbiran Premier Sarawak yang baharu, sempurna dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis, malam ini.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Tun Wan Junaidi memperkenankan pengisytiharan nama baharu Kompleks Satria Pertiwi pada majlis ini.

KOMPLEKS Satria Pertiwi.

Sejurus mengisytiharkan nama baharu Kompleks Satria Pertiwi, Tun Wan Junaidi kemudiannya mengimbas podium pelancaran, lalu gimik pelancaran iaitu persembahan lampu dipancarkan dengan memaparkan keunikan seni bina kompleks ini.

Selepas persembahan lampu warna warni, Tun Wan Junaidi kemudiannya menandatangani plak perasmian dan memotong reben di hadapan pintu masuk Kompleks Satria Pertiwi.

Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah diiringi oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dibawa melawat meninjau ke dalam kompleks ini.

Turut mengiringi Premier Sarawak ialah anakandanya, Dayang Norjihan.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Majlis Perasmian Kompleks Satria Pertiwi turut dipancarkan secara langsung di saluran TVS dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bomba sedia tingkat keupayaan hadapi projek tenaga nuklear
Next: Premier Sarawak terima kunjungan hormat Menteri Tenaga, Sains dan Teknologi Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.