Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pejabat Pos Malaysia Kapit masih beroperasi
  • TEMPATAN

Pejabat Pos Malaysia Kapit masih beroperasi

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

SIBU: Pejabat Pos Malaysia Kapit masih beroperasi seperti biasa selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit, Galong Luang berkata, operasi dilakukan dengan perkhidmatan minimal dan pelarasan waktu operasi.

“Pelarasan waktu operasi Pejabat Pos Malaysia Kapit setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 3 petang,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.

Galong diminta mengulas mengenai laporan berita perkhidmatan pos di Kapit yang beroperasi semula bermula hari ini (20 April) selepas mendapat persetujuan mesyuarat jawatankuasa baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, pengangkutan utama penghantaran barang Pos Malaysia Berhad menggunakan jalan sungai terhenti kerana pengusaha bot ekspres tidak beroperasi sejak 23 Mac.

“Justeru, bagi memastikan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad terus beroperasi seperti biasa alternatif adalah dengan menggunakan jalan darat,” ujarnya.

Galong memberitahu, pihaknya telah memohon perlepasan polis untuk membenarkan pergerakan kenderaan Pos Malaysia Berhad Cawangan Kapit dan Song untuk mengambil barangan sepanjang laluan Kapit-Sibu-Kapit.

“Pergerakan kenderaan Pos Malaysia Berhad adalah setiap minggu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang tempoh PKP,” ujarnya lagi.

Continue Reading

Previous: Pastikan masyarakat kekal duduk rumah
Next: Bot karam, langgar ‘tugboat’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.