Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pejabat Persatuan Kedayan Limbang bernilai RM25 juta dijangka siap penghujung 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Pejabat Persatuan Kedayan Limbang bernilai RM25 juta dijangka siap penghujung 2026

Utusan Sarawak 8 months ago
PENGHARGAAN… Dr Abdul Rahman (empat, kiri) menerima cenderamata daripada Sahat pada majlis itu disaksikan tetamu lain.

LIMBANG: Kerajaan Sarawak dengan persetujuan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telahpun meluluskan peruntukan berjumlah RM25 juta bagi membina bangunan pejabat Persatuan Kedayan Limbang (PKL) yang dijangka dimulakan pada penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bangunan PKL itu akan dibina dengan keluasan lebih empat ekar dan dilengkapi kemudahan moden termasuk sebuah dewan dengan kapasiti 500 orang selain kemudahan lain.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut akan mengambil masa 18 bulan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada penghujung 2026.

“Kita dalam perancangan untuk membangunkan keseluruhan kawasan tersebut dengan melakukan kerja tanah danĀ  sebab itu kos meningkat, daripada RM6 juta ke RM25 juta.

“Kerja pembinaan akan dibuat secepat mungkin iaitu pada penghujung tahun ini,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Pesta Makan Tahun Kedayan 2024 di Dewan Kampung Tegarai baru-baru ini.

Turut sama, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Pengerusi PKL Pemanca Sahat Bagol.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota bangunan baharu itu akan menjadi mercu tanda PKL selain memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat kedayan itu sendiri,malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan lain.

Selain menempatkan pejabat untuk PKL menjalankan aktiviti, bangunan baharu itu nanti juga akan turut dilengkapi dewan serba guna untuk kemudahan aktiviti perkahwinan selain premis perniagaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman Jumaat, Sabtu ini selit tiga program
Next: Operasi besar-besaran tangkap buaya di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.