

PASUKAN BOMBA menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran pejabat pentadbiran di Kem Junaco, pagi tadi.
SIBU: Sebuah pejabat pentadbiran di Kem Junaco, di sini dilaporkan terbakar, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dan Balai Bantuan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 2.50 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah pejabat pentadbiran yang terbahagi kepada tiga bilik telah terbakar 60 peratus,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, tindakan awal dari pihak kem memadam kebakaran menggunakan 41 alat pemadam api dan kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membentang dua aliran 400 kaki dua nozel sumber air dari pili bomba bagi memadam kebakaran dari merebak ke bangunan lain.
“Kerja-kerja baik pulih secara menyeluruh dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Oleh Akun Giman