Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pejabat Bergerak ASSAR dilancar, sasaran penduduk luar bandar
  • TEMPATAN

Pejabat Bergerak ASSAR dilancar, sasaran penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 18 hours ago

Pengerusi ASSAR, Dato Sri Wahab Dolah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari, sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto UKAS

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) secara rasmi melancarkan Pejabat Bergerak ASSAR, hari ini sebagai inisiatif baharu bertujuan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pelaburan Amanah Saham Sarawak (ASSAR) secara terus kepada komuniti di luar Kuching, terutamanya di luar bandar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi meningkatkan visibiliti supaya ASSAR terus relevan dan dekat di hati masyarakat.

Dengan itu katanya, pengurusan mengambil inisiatif untuk mendekati pelabur khususnya di luar bandar dengan memperkenalkan pejabat bergerak.

“Dengan pelancaran pejabat bergerak ini, saya yakin lebih ramai masyarakat akan mendapat akses mudah kepada maklumat pelaburan dan perkhidmatan berkaitan dana ASSAR, tanpa perlu hadir ke satu-satunya pejabat rasmi ASSAR di Kuching,” katanya.

Pelancaran Pejabat Bergerak ASSAR telah dirasmikan oleh Abang Johari selepas majlis pengumuman dividen ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Pengerusi ASSAR, Dato Sri Wahab Dolah.

Dengan hanya satu pejabat yang terletak di Kuching, ASSB menyedari bahawa ramai pelabur Bumiputera Sarawak menghadapi cabaran untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatannya. 

Pejabat bergerak tersebut diharap boleh mengurangkan jurang tersebut dengan menawarkan perkhidmatan teras seperti pembukaan akaun, pemprosesan transaksi, semakan pelaburan dan kemaskini maklumat pelabur.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Persiapan rapi bagi perasmian Jambatan Batang Saribas 1 dan pelancaran BDDA sabtu ini
Next: Dango milik Hossein dinobatkan juara Dango Tercantik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.