Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pejabat baharu MDLBS bakal pertingkatkan perkhidmatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pejabat baharu MDLBS bakal pertingkatkan perkhidmatan

Utusan Sarawak 4 months ago
SERAH KONTRAK… Sempurai Petrus Ngelai menyerahkan kontrak projek kepada kontraktor.

SIBU: Projek pembinaan pejabat baharu Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang terletak di Sibu Jaya telah dilancarkan hari ini.

Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai berkata, dengan pembinaan pejabat baharu ini, perkhidmatan MDLBS akan dapat dipertingkatkan kerana lokasi pejabat tersebut terletak dalam bidang kuasa MDLBS.

“Pejabat baharu yang terletak di pusat bandar Sibu Jaya ini berlokasi strategik untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, serta bertujuan menjadi peneraju dasar-dasar Majlis,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pelancaran projek tersebut.

TAKLIMAT…. Sempurai Petrus Ngelai semasa mendengar taklimat daripada kontraktor.

Beliau menambah, pembinaan pejabat ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekitar, terutamanya dengan adanya pembangunan Lebuhraya Pan Borneo dan pengembangan Sibu Jaya sebagai ‘Kembar Bandar Sibu’.

Sempurai menjelaskan bahawa projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kontrak semasa bernilai RM4.1 juta melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam fasa pertama seperti kerja tanah, cerucuk, saliran air permukaan, tembok penahan, serta perkhidmatan mekanikal. Fasa pertama ini dijadualkan siap pada Ogos 2025,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa MDLBS akan memohon dana sebanyak RM40 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk fasa kedua, yang melibatkan pembinaan bangunan pejabat, landskap, perkhidmatan mekanikal dan elektrik, serta kerja-kerja luaran.

Sempurai juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas sokongan mereka dalam menjayakan projek ini.

“Saya berharap penduduk Sibu Jaya dan kawasan pentadbiran MDLBS menghargai usaha ini, yang akan memudahkan operasi Majlis dalam mengawasi 27 zon di bawah pentadbiran MDLBS,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MDLBS, Wong Ching Yong; Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei; ahli majlis lain, serta kontraktor projek.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah'

Continue Reading

Previous: Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN, 20 – 22 Februari ini
Next: Elvis Didit kini Residen Bahagian Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.