Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Peguam Zara Qairina Hamid Ismail antara tiga individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman
  • MAHKAMAH

Peguam Zara Qairina Hamid Ismail antara tiga individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman

Utusan Sarawak 21 hours ago
PEGUAM kelahiran Sabah, Hamid Ismail. Foto kecil Allahyarham Zara Qairina Mahathir

KOTA KINABALU: Peguam kelahiran Sabah, Hamid Ismail yang pernah mewakili keluarga pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir antara tiga individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman hari ini.

Dua lagi yang dilantik adalah dari Sarawak iaitu bekas Pengarah Mahkamah Sarawak Steve Ritikos, 60, dan peguam Ratanah Devi Yusof Perumal, 50.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi pada majlis yang turut disaksikan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.

Hamid, 49, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dan memulakan kerjaya sebagai peguam pada 2001.

Beliau berkhidmat di bawah tiga firma guaman sebelum menubuhkan firmanya sendiri Hamid & Co pada Julai 2004.

Sepanjang kerjayanya Hamid telah mengendalikan pelbagai kes sivil dan jenayah berprofil tinggi.

Steve pula merupakan lulusan Diploma Undang-Undang dan Diploma Lanjutan Undang-Undang Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Beliau memulakan kerjaya pada 1991 sebagai Majistret di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Steve juga pernah memegang pelbagai jawatan seperti penolong kanan pendaftar, timbalan pendaftar, hakim Mahkamah Sesyen di beberapa mahkamah sebelum dilantik sebagai pengarah Mahkamah Sarawak pada 2021.

Sementara itu, Ratanah pula merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Pengadilan Jenayah Universiti Malaya.

Beliau didaftarkan sebagi peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 21 Feb 2021. 

Ratanah memulakan kerjaya dengan dua firma sebelum menjadi rakan kongsi di firma kedua dan kemudiannya menubuhkan firma guamannya sendiri, Ratanah Devi Advocates pada 2018.

-BERNAMA

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Zara Qairina tak pernah menjerit atau menangis sebelum bertemu senior susulan kes curi – Saksi
Next: Wang tunai milik Ismail Sabri lebih RM169 juta disita SPRM, secara rasmi jadi harta kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.