Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Peguam Negara sahkan Shafie Apdal serah balasan notis tunjuk sebab pada Isnin
  • MAHKAMAH

Peguam Negara sahkan Shafie Apdal serah balasan notis tunjuk sebab pada Isnin

Utusan Sarawak 1 week ago
DATUK Seri Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR:  Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan beliau telah menerima jawapan bertulis daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap Presiden Parti Warisan itu, berkaitan kenyataannya mengenai inkues yang sedang dijalankan mengenai kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Mohd Dusuki berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) menerima jawapan tersebut pada 29 September lepas.

Notis itu, yang dikeluarkan pada 22 September, berkaitan kenyataan Mohd Shafie semasa acara ‘Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan’ pada 20 September, di mana beliau didakwa mempersoalkan tempoh panjang inkues berhubung kematian Zara Qairina yang berusia 13 tahun. Notis tersebut menetapkan tempoh tujuh hari bagi beliau memberikan maklum balas.

Pada 22 September, AGC dalam kenyataan memaklumkan bahawa setiap kenyataan Mohd Shafie berhubung kes Zara Qairina sedang dikaji dengan terperinci.

AGC turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian itu selesai.

Sebelum ini, rakaman video pada satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4.00 pagi 16 Julai.

Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan, sebelum mengumumkan inkues berhubung kematiannya pada 13 Ogos.

Sehingga kini, 16 saksi, termasuk lapan kanak-kanak, telah memberi keterangan sejak prosiding inkues bermula pada 3 September.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dua beradik didakwa bunuh DJ pusat hiburan di Kapit
Next: Wanita didenda RM6,000 guna kad pengenalan orang lain tuntut MyKasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.