Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Peguam Negara dibenarkan untuk rayuan berkaitan dokumen tambahan kes Najib
  • MAHKAMAH

Peguam Negara dibenarkan untuk rayuan berkaitan dokumen tambahan kes Najib

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEGUAM Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar hadir ke Istana Kehakiman bagi keputusan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketetapan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan prosiding semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk merayu berkaitan kewujudan satu dokumen tambahan dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara berkata persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh AG, telah memenuhi syarat ambang untuk kebenaran diberikan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa keluar dari kenderaan sejurus tiba di Istana Kehakiman hari ini.
Foto BERNAMA

Mahkamah Persekutuan menetapkan dua hari bermula 1 Julai untuk mendengar rayuan Peguam Negara berhubung dokumen tambahan Najib.

Hasnah bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Peguam Negara selaku pemohon, telah memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran tersebut bagi meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 6 Januari, melalui keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang dikatakan membenarkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit kes.

Keputusan ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu, yang telah menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berkaitan dokumen tambahan yang didakwa tersebut. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Next: Mahkamah Rayuan arah Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia di bawah perkenan Sultan Selangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.