Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • CEO stesen penyiaran bersama seorang wanita ditahan reman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
  • MAHKAMAH

CEO stesen penyiaran bersama seorang wanita ditahan reman, disyaki terlibat pengubahan wang haram

Utusan Sarawak 4 months ago

BANTU SIASATAN… Dua suspek diiringi di Mahkamah Majistret di Kuching hari ini.

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah stesen penyiaran dan seorang wanita yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram menerusi Op Ragada semalam, direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah tahanan reman hari ini hingga esok terhadap kedua-dua individu berusia 60 dan 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Heng Yi Min selepas pihak polis membuat permohonan tersebut di mahkamah.

Permohonan reman yang dibuat oleh polis bertujuan memudahkan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Menurut sumber, kedua-dua suspek akan dibawah ke Kuala Lumpur esok untuk siasatan lanjut. Mereka diwakili oleh peguam Datuk Shankar Ram Asnani.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuching pada 9.10 pagi, diiringi anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan menahan lima individu termasuk CEO sebuah stesen penyiaran di Sarawak kerana disyaki terbabit kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman menerusi OP Ragada dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Katanya, hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.

“Modus Operandi adalah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan Kesalahan Pecah Amanah Jenayah oleh pengarah syarikat, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.

“Pada Oktober 2024, pengadu menerima maklumat melalui maklumat risikan kewangan Suspicious Transaction Report (STR), yang telah kenal pasti beberapa akaun bank yang terlibat dengan STR dalam tempoh 2017 hingga September 2024,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, Unit Pengesanan Aset dan Analisa, Pasukan Bahagian AMLA, Bukit Aman telah menjalankan siasatan dan membuat tangkapan terhadap suspek berusia dalam lingkungan antara 25 tahun dan 61 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Bekas petugas ASNB dari Kanowit didakwa pecah amanah lebih RM263,000
Next: Op Ragada: Bekas Datuk Bandar, pengarah syarikat media dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.