Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pegawai polis India digantung perkhidmatan
  • GLOBAL

Pegawai polis India digantung perkhidmatan

Utusan Sarawak 5 years ago

Uttar Pradesh Police personnel stand guard as they block the DND Flyway before an expected visit of Congress leaders Rahul Gandhi to the family members of the victim of the alleged gang-rape in Bool Garhi village of Uttar Pradesh state, in New Delhi on October 3, 2020. - Five senior police officers have been suspended over their handling of an investigation into the gang-rape and murder of a 19-year-old woman that has sparked outrage across India and triggered days of protests. (Photo by Sajjad HUSSAIN / AFP)

LIMA pegawai kanan polis telah digantung perkhidmatan kerana cubaan memanipulasikan siasatan berhubung kes rogol dan pembunuhan seorang wanita berusia 19 tahun.

NEW DELHI: Lima pegawai kanan polis telah digantung perkhidmatan kerana cubaan memanipulasikan siasatan berhubung kes rogol dan pembunuhan seorang wanita berusia 19 tahun yang telah mencetuskan kemarahan di seluruh India dan juga tunjuk perasaan beberapa hari ini.

Remaja yang cedera parah dari kasta Dalit yang kurang bernasib baik ditemui pada pertengahan September di luar kampungnya di negeri Uttar Pradesh, India utara dan dilaporkan meninggal dunia minggu baru-baru ini di sebuah hospital di New Delhi.

Polis telah menahan empat lelaki berkasta tinggi atas tuduhan merogol dan membunuh.

Namun demikian, polis tersebut menghadapi kritikan kerana membuat upacara pembakaran mayat mangsa wanita itu pada tengah malam menggunakan minyak petrol – yang bertentangan dengan keinginan keluarganya dan adat istiadat agama.

Seorang polis kanan pada Khamis mencetuskan kemarahan lagi setelah mendakwa bahawa berikutan dari laporan forensik dan autopsi menunjukkan bahawa wanita itu belum diperkosa.

Ini bertentangan dengan pernyataan daripada mangsa dan ibunya dan melaporkan penemuan hospital, sementara pakar mengatakan ujian forensik dilakukan terlalu lama dari hari kejadian serangan tersebut. – AFP

Continue Reading

Previous: Pijak wanita hamil,lelaki dipenjara 3 tahun
Next: Angka kematian di India melepasi 100,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.