Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pegawai pendidikan didakwa terima suapan
  • NASIONAL

Pegawai pendidikan didakwa terima suapan

Utusan Sarawak 5 years ago

SEREMBAN, 21 Julai -- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Seremban Faridah Din (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM6,000 dalam urusan pemilihan pembekal dan penyediaan makanan daripada seorang kontraktor pada 2016. Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. --fotoBERNAMA (2020) HAKCIPTA TERPELIHARA

PEGAWAI Perkhidmatan Pendidikan Daerah Seremban Faridah Din (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan menerima wang
tunai berjumlah RM6,000 dalam urusan pemilihan pembekal dan penyediaan makanan daripada seorang kontraktor pada 2016.• Foto BERNAMA

SEREMBAN:  Seorang pegawai perkhidmatan pendidikan daerah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semala atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM6,000 yang berkaitan dengan tugasnya dalam urusan pemilihan pembekal dan penyediaan makanan daripada seorang kontraktor empat tahun lepas.

Faridah Din, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Berdasarkan pertuduhan, Faridah, yang bertugas di Institut Perguruan Kampus Raja Melewar (IPGKRM) Seremban, sebagai penyelaras Program Transformasi Minda anjuran IPGKRM ketika itu telah menerima RM6,000 daripada seorang kontraktor yang juga merupakan pemilik syarikat Mas Zee Enterprise, pada  7.15 malam, 6 April 2016 di sebuah restoran di Sikamat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zainab Yahaya mencadangkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan melapor diri kepada SPRM.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Hanif Hassan bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minima memandangkan tertuduh masih dalam perkhidmatan dan sejak 2016, dan tertuduh akur dengan syarat yang dikenakan SPRM walaupun tanpa jaminan wang dikenakan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM8,000, mengarahkan dia melapor diri kepada SPRM pada minggu pertama setiap bulan, dan menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong kurnia biasiswa kepada 11 pelajar
Next: Harga tiket penerbangan dijangka kembali normal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.