Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pegawai dan kakitangan PPS sertai taklimat Tabung Haji
  • Tengah
  • WILAYAH

Pegawai dan kakitangan PPS sertai taklimat Tabung Haji

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENERANGAN… Taklimat Bersama Tabung Haji Cawangan Sibu telah diadakan di PPS semalam, melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan institusi berkenaan. Foto PPS

SIBU: Program Taklimat Bersama Tabung Haji Cawangan Sibu telah diadakan di Penjara Pusat Sibu (PPS) semalam, melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan institusi berkenaan.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Penjara (TPP) Ibrahim Hubadillah sebelum diteruskan dengan taklimat khas disampaikan oleh Pegawai Tabung Haji Sibu, Dayang Hadiah Awang Sepuan.

Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan Lembaga Tabung Haji, termasuk kemudahan yang ditawarkan seperti pengurusan simpanan, pendaftaran haji serta keistimewaan perkhidmatan untuk umat Islam di Malaysia.

UNTUK KEMUDAHAN...Pihak Tabung Haji turut membuka kaunter pembukaan dan semakan akaun secara terus di lokasi bagi pegawai yang berminat untuk mendaftar atau mengaktifkan akaun mereka.

Bagi memudahkan urusan peserta, pihak Tabung Haji turut membuka kaunter pembukaan dan semakan akaun secara terus di lokasi bagi pegawai yang berminat untuk mendaftar atau mengaktifkan akaun mereka.

Program berkenaan bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada warga kerja PPS mengenai kepentingan perancangan ibadah haji serta manfaat menyimpan bersama Tabung Haji.

Kerjasama antara PPS dan Tabung Haji ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh kebajikan serta kesedaran keagamaan dalam kalangan pegawai dan anggota.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Kapit dan AADK Sibu jalankan saringan air kencing kakitangan
Next: Taklimat STB dan NG MERS 999 perkukuh kecekapan BBP Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.