Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pegawai Australia nafi penularan LSD ketika sekatan import lembu
  • GLOBAL

Pegawai Australia nafi penularan LSD ketika sekatan import lembu

Utusan Sarawak 2 years ago
Pemangku Ketua Veterinar Australia Beth Cookson dalam kenyataan berkata, tiada bukti bahawa lembu di Australia dijangkiti penyakit kulit berketul (LSD).

CANBERRA: Pihak berkuasa menafikan penyakit kulit berketul (LSD) terdapat di utara Australia selepas Indonesia mengehadkan lagi import lembu hidup dari negara itu, lapor Xinhua.

Pemangku Ketua Veterinar Australia Beth Cookson dalam satu kenyataan semalam berkata, ujian terhadap lebih 1,000 ekor lembu merentasi 2,800 kilometer (km) di utara Australia tidak mengesan sebarang kesan LSD.

Beliau berkata, ujian itu dilakukan atas permintaan pihak berkuasa di Indonesia dan Malaysia selepas LSD dikesan pada lembu asal Australia selepas tiba di Indonesia.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan hari ini bahawa pegawai Indonesia pada Sabtu menyekat import dari dua kawasan lembu di Australia Barat selepas mengesan lapan kes LSD pada lembu yang diimport dari kawasan itu.

Pada Julai, eksport dari empat kemudahan telah digantung apabila pihak berkuasa Indonesia menemui 13 kes LSD pada lembu Australia.

Bagaimanapun, Cookson dalam kenyataan itu berkata, tiada bukti bahawa lembu itu dijangkiti di Australia.

“Ujian kami tidak mengesan LSD di Australia dan status penyakit kami tidak berubah,” katanya.

“Keputusan ujian negatif menyerlahkan sistem berkesan Australia untuk pemantauan penyakit haiwan yang berterusan, termasuk LSD.”

Menurut laporan dalam akhbar News Corp Australia hari ini, Cookson akan bertemu dengan pegawai Indonesia pada Khamis untuk membincangkan pembatalan penggantungan itu. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Panama Gilberto Hernandez maut ditembak
Next: Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.