Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pecah rumah, curi kabel, 10 individu ditahan di Kuching
  • JENAYAH

Pecah rumah, curi kabel, 10 individu ditahan di Kuching

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Antara kenderaan dan barangan yang dirampas daripada suspek yang terlibat kes pecah rumah, curi kabel di Kuching, baru-baru ini. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching

KUCHING: Polis Sarawak menahan sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat kes pecah rumah, curi kabel dan memiliki senjata berbahaya di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kesemua suspek dalam tiga kes berasingan itu merupakan warga tempatan berusia 18 hingga 50 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah lampau, selain saringan air kencing mereka turut positif dadah.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki disyaki terlibat dengan jenayah pecah rumah di kawasan Tabuan Jaya yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM20,000.

“Kes kedua melibatkan penangkapan dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Laman Cenderawasih atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta memiliki peralatan disyaki untuk kegunaan pecah rumah.

“Turut dirampas kereta jenis Proton Saga yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Farhan berkata, tangkapan ketiga melibatkan empat lelaki di Kampung Gita atas kesalahan memiliki senjata berbahaya seperti senapang angin buatan sendiri dan pelbagai peralatan disyaki untuk kegiatan curi kabel.

Beliau berkata kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman  
Next: Tiga lelaki terlibat aktiviti ‘keldai akaun’ dijatuhkan hukuman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.