Pearly-Thinaah tempah slot suku akhir Masters Kumamoto 2025

Facebook
WhatsApp
PERLY Tan dan M. Thinaah  mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025.

KUALA LUMPUR: Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025 selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo di Jepun hari ini.

Pada aksi pusingan kedua di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan utama kejohanan itu mencatat kemenangan mudah 21-14, 21-9 dalam masa 31 minit sekali gus meraih kemenangan keempat ke atas gandingan ranking ke-20 dunia itu selepas empat pertemuan.

Menanti ranking kedua dunia itu di suku akhir, sama ada pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun atau Nanako Hara-Riko Kiyose dari Jepun.

Dalam pada itu, hasrat pemain profesional lelaki negara Jacky Kok untuk melangkah jauh tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain berpengalaman tuan rumah, Kenta Nishimoto 20-22, 11-21.

Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia: 

Perseorangan wanita:

Chiu Pin-Chian (TPE) mn K.Letshanaa 24-22, 21-18

Beregu campuran: 

Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (THA) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 14-21, 21-12, 21-17

Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan (TPE) mn Jimmy Wong-Lai Pei Jing 21-17, 21-14 – Bernama

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.