Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Masters Indonesia
  • SUKAN

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Masters Indonesia

Utusan Sarawak 13 hours ago
BEREGU wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 selepas menyingkir wakil Taiwan Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao. Foto Persatuan Badminton Malaysia

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 selepas menyingkir wakil Taiwan Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta hari ini, pasangan di kedudukan kedua dunia itu mudah menewaskan Xiao Min-Yu Qiao, 21-13, 21-12 dalam masa 48 minit. 

Menanti Pearly-Thinaah di suku akhir sama ada pasangan Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe atau gandingan Korea Selatan Kim Yu Jung-Lee Yu Lim yang akan membuat perhitungan bagi pusingan kedua sebentar lagi. 

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara ke suku akhir selepas menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-M R Arjun, 21-17, 9-21, 21-16 dalam masa 54 minit. 

Cabaran getir menanti Wei Chong-Kai Wun di suku akhir esok apabila dijadual bertemu pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang juga nombor tujuh dunia.  

Perseorangan wanita negara K. Letshanaa juga melangkah ke suku akhir selepas mengatasi pilihan keenam kejohanan dari Kanada Michelle Li, 21-14, 21-14. 

Berbeza nasib bagi perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang terpaksa pulang awal apabila ditewaskan pemain Thailand Panitchaphon Teeraratsakul, 21-15, 17-21, 8-21. 

Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi turut tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 13-21, 19-21. 

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ronaldo jaring gol ke-960, bantu Al Nassr atasi Damac
Next: Liverpool atasi Man City, Man Utd muncul kelab terkaya England buat pertama kali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.