Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah mara ke pentas final Terbuka Indonesia esok
  • SUKAN

Pearly-Thinaah mara ke pentas final Terbuka Indonesia esok

Utusan Sarawak 17 hours ago
AKSI beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah ketika perlawanan separuh akhir kejohanan Terbuka Indonesia 2025 yang berlangsung di Istora Senayan Jakarta hari ini. Foto Bernama

JAKARTA: Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas menumpaskan pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan di sini hari ini.

Pasangan di ranking keempat dunia itu mencatat kemenangan 21-12, 17-21, 21-11 dalam pertarungan sengit selama 64 minit, yang turut diserikan dengan sorakan padu penyokong tuan rumah.

“Kami gembira kerana berjaya ubah rentak permainan dan menyokong satu sama lain dengan baik. Ia banyak membantu kami di gelanggang,” kata Pearly selepas tamat perlawanan.

Gandingan negara itu turut menzahirkan kepuasan dengan prestasi yang ditampilkan, namun tetap mengakui masih ada ruang untuk penambahbaikan menjelang penampilan kedua mereka di pentas final di bumi Indonesia.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah tewas di pentas final Masters Indonesia Januari lalu kepada pasangan Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim Hye Jeong, dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21. 

“Kami akan ambil masa untuk rehat, berbincang dengan jurulatih dan beri tumpuan pada pemulihan menjelang perlawanan akhir,” tambahnya.

Pearly-Thinaah dijadualkan menentang sama ada pasangan nombor satu dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau gandingan Korea Selatan di ranking ketiga dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee, yang akan beraksi malam ini.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh, 21-23, 21-15, 21-11.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ronaldo tidak sertai Piala Dunia Kelab
Next: “Ini bukan Ronaldo lawan Yamal”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.