Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah, Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran Malaysia di Terbuka India
  • SUKAN

Pearly-Thinaah, Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran Malaysia di Terbuka India

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUKAN… Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan cabaran Malaysia di Terbuka India 2026 selepas mengecewakan wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu pada aksi suku akhir di New Delhi sebentar tadi. Foto Persatuan Badminton Malaysia

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan cabaran Malaysia di Terbuka India 2026 selepas mengecewakan wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu pada aksi suku akhir di New Delhi sebentar tadi. 

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan Pei Shan-Hung En Tzu 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung 33 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Pearly-Thinaah bakal berdepan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir esok.

Sementara itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 21-19,21-14. 

BEREGU… lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 21-19,21-14. Foto Persatuan Badminton Malaysia

Pasangan nombor dua dunia itu dijangka bertemu sama ada Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan atau Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun di separuh akhir esok. 

Bagaimanapun, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Lai Jemie tewas kepada pilihan nombor satu kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China), 19-21, 21-19, 18-21.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: AADK Sibu perkasakan kerjasama agensi melalui sukan pickleball
Next: Slot gembira sambut kepulangan Salah ke Liverpool selepas AFCON

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.