Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly terima penghargaan daripada PM Anwar dan isteri
  • SUKAN

Pearly terima penghargaan daripada PM Anwar dan isteri

Utusan Sarawak 13 hours ago
PEMAIN beregu wanita utama negara Pearly Tan. Foto Facebook Pearly Tan

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan menerima buah tangan istimewa daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Perkara itu dikongsikan Pearly menerusi laman Instagramnya, selepas beliau mengumumkan terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Uber semalam, susulan kecederaan belakan yang berulang.

Beliau yang sepatutnya bergandingan dengan M Thinaan di Horsens, Denmark itu, digantikan dengan seorang lagi pemain beregu wanita negara Chong Jie Yu yang akan mengharungi saingan bermula 24 April hingga 3 Mei.

“Terima kasih atas tanda ingatan ini. Sangat menghargainya,” kata Pearly.

Beregu lain yang akan beraksi di Piala Uber 2026 ialah gandingan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah, manakala K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei bakal menggalas cabaran acara perseorangan.

Skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B Piala Uber bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Uber: Jie Yu ganti Pearly di Horsens
Next: Setiap pemain MSSB Bintulu 2026 dianggap juara atas usaha dan semangat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.