Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
  • NASIONAL

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan

Utusan Sarawak 1 year ago
SETIAUSAHA PDRM DCP Alzafny Ahmad.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.

Setiausaha PDRM DCP Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan yang dilantik sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau menggantikan Datuk Mohd Khairi Khairudin yang dilantik ke jawatan Ketua Polis Terengganu.

Beliau berkata pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Shazeli Kahar yang dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Datuk Abu Samah Mohd Noor pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Selain itu menurut Alzafny, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor SAC Sulaiman Hussain dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Alzafny berkata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard SAC Thaipul Bahri Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin pula dilantik sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor sementara Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Rizal Abd Rahman Sidek dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, kedua-duanya memangku pangkat SAC,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Program Jualan RAHMAH di 302 lokasi seluruh negara bermula semalam
Next: Syarikat bas wajib sedia pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300km – JPJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.