Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM tetap galas tugas sepanjang Ramadan
  • TEMPATAN

PDRM tetap galas tugas sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 years ago

IFTAR... Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dalam kalangan warga PDRM pada majlis Iftar Ramadan warga PDRM Kontijen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak, semalam.

KUCHING: Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Kontinjen Sarawak tidak terjejas dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam meskipun anggotanya beragama Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, penguatkuasaan tetap diteruskan tanpa sebarang had seperti bulan-bulan sebelumnya, ia merupakan fokus utama PDRM selaras dengan Akta Polis Seksyen 3 (3)

“Walaupun sepanjang Ramadan dan sedang berpuasa ia bukan penghalang kepada PDRM untuk menjalankan kewajipan.

“Pada masa sama kita akan terus komited dan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri dalam mengekalkan hubungan baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Sarawak,” katanya pada majlis Iftar Ramadan warga PDRM Kontijen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak, semalam.

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada masa sama menyaksikan beliau menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dalam kalangan warga PDRM.

Beliau turut bersama tetamu yang hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Surau Darul Ibadah.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Dato Mancha Ata dan  Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak.

Continue Reading

Previous: JKM bantu mangsa kebakaran di Samarahan
Next: Alice Jawan dilantik sebagai anggota MAVCOM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.