Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM tempatkan lebih 300 anggota pantau penyelewengan diesel di sempadan – KPN
  • NASIONAL

PDRM tempatkan lebih 300 anggota pantau penyelewengan diesel di sempadan – KPN

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail ketika ditemui media selepas Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Ke-42 di Maktab PDRM Cheras hari ini. Turut sama Presiden RESPA Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan lebih 300 pegawai dan anggota di stesen minyak kawasan sempadan negara sebagai langkah proaktif mengekang aktiviti penyelewengan serta penyeludupan diesel.

​Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata penugasan itu bagi memantau sebarang pembelian bahan bakar berkenaan secara berlebihan.

​Beliau berkata langkah awal itu dilaksanakan susulan pengumuman kerajaan berhubung pelarasan harga baharu diesel bersubsidi untuk rakyat tempatan pada kadar RM2.10 seliter bermula 1 Julai ini.

​”PDRM turut bekerjasama erat dengan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan kegiatan penyeludupan ke luar negara dibasmi ke akar umbi,” katanya.

​​Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) ke-42 di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini.

​Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula bulan depan.

​Anwar berkata pelarasan itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi bersandarkan kaedah pengesahan MyKad, selaras dengan pendekatan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). – Bernama

Continue Reading

Previous: RM25.2 juta diperuntuk bagi pemasangan lampu solar LED di 32 lokasi berisiko lebuh raya
Next: MyKad untuk subsidi diesel kurangkan ketirisan 1 billion liter setahun – Amir Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.