Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM siasat kemungkinan tiga rakyat Malaysia termasuk penyanyi rap jadi keldai dadah
  • JENAYAH

PDRM siasat kemungkinan tiga rakyat Malaysia termasuk penyanyi rap jadi keldai dadah

Utusan Sarawak 22 hours ago
TIGA rakyat Malaysia ditahan di Laos atas dakwaan cubaan menyeludup dadah jenis ganja. Foto Petikan dari Facebook The Laotian Times.

KUALA LUMPUR:  Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tangkapan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi rap di Laos atas kesalahan memiliki dadah, termasuk kemungkinan mereka diperdaya atau dipergunakan oleh sindiket antarabangsa.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kini sedang meneliti maklumat yang diperoleh hasil soal siasat oleh pihak berkuasa Laos.

“Siasatan akan merangkumi pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mereka dijadikan keldai dadah atau terlibat dengan sindiket,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane pada 27 Mei lepas, setelah pemeriksaan terhadap enam bagasi milik mereka menemukan 103 bungkusan plastik mengandungi 86 kilogram ganja.

Razarudin berkata ketiga-tiga suspek dipercayai merancang untuk menaiki penerbangan Thai Airways ke Jerman bagi menghantar bekalan dadah berkenaan dan kini ditahan di Penjara Phontong, Vientiane.

 “Semakan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati mereka berlepas ke luar negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 Mei. Namun, maklumat daripada pihak berkuasa Thailand menunjukkan tiada rekod kemasukan atau keluar ke negara itu,” katanya.

Razarudin berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa luar negara bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang mungkin terlibat, selain memastikan perlindungan konsular bagi ketiga-tiga rakyat Malaysia berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Razarudin ketika mengulas mengenai laporan awal nahas membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan di Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lepas berkata beberapa cadangan khusus sedang diteliti jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi menambah baik aspek keselamatan kenderaan digunakan anggota untuk bertugas.

Beliau berkata cadangan itu termasuk, susun atur tempat duduk lebih selamat dan keperluan memisahkan sepenuhnya ruang penumpang dan kargo, lebih-lebih lagi dalam perjalanan ke lokasi operasi dan bukan semasa operasi sedang dijalankan.

“Perbincangan lanjut mengenai standard keselamatan dan protokol pengangkutan dijangka diteruskan dalam mesyuarat seterusnya, dengan penekanan kepada garis panduan lebih ketat serta penggunaan kenderaan khusus yang mematuhi spesifikasi keselamatan terkini,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Rugi RM150,000 di Padawan, RM120,000 di Sibu terpedaya pelaburan dalam talian
Next: Kertas siasatan kes pelakon terlibat amang seksual dihantar ke TPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.