Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara
  • JENAYAH

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara

Utusan Sarawak 17 hours ago

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini, pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atas beliau.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata 27 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

“Rakaman percakapan anak Pamela serta saksi (lain) akan diambil dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh pihak Interpol,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis kemungkinan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan.

Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.

Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan. Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.– Bernama

Continue Reading

Previous: Cubaan curi kabel gagal, dua suspek dicekup
Next: Pendakwaan remaja pandu tanpa lesen akibatkan 5 kematian bermula 14 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.