Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM Sarawak gunakan SOSMA tumpas sindiket dadah
  • TEMPATAN

PDRM Sarawak gunakan SOSMA tumpas sindiket dadah

Utusan Sarawak 10 hours ago
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah, bercakap ketika ditemui media di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan mengenakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah, langkah itu merupakan pendekatan baharu PDRM Sarawak dalam memastikan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dapat dibanteras secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

“Tindakan di bawah SOSMA memberi kelebihan kepada polis kerana individu yang ditahan di bawah akta tersebut tidak boleh dijamin, sekali gus memberi kesan gentar kepada pengedar dan ketua sindiket.

“SOSMA bukan hanya terpakai untuk kes keganasan atau pengganas, tetapi juga boleh digunakan terhadap jenayah terancang termasuk sindiket pengedaran dadah,” katanya.

Kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta bertemu menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah, di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta bertemu menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah, di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, hari ini.

Beliau menegaskan, pendekatan itu akan menjadi antara strategi utama PDRM Sarawak bagi melumpuhkan rangkaian sindiket dadah, termasuk mereka yang berperanan sebagai ketua dan pengedar kecil.

“Bila kita ambil tindakan di bawah jenayah terancang, bukan sahaja pengedar tetapi ketua-ketua mereka juga boleh dikenakan tindakan.

“Penggunaan SOSMA ini adalah amaran jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bahawa polis tidak akan berkompromi dalam memerangi musuh nombor satu negara itu,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut, pelaksanaan langkah tersebut sedang dirancang secara rapi berdasarkan maklumat dan bukti kukuh bagi memastikan setiap tangkapan dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

“Usaha tersebut turut disokong dengan kerjasama strategik antara PDRM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, serta bantuan berterusan kerajaan negeri.

“Saya sangat gembira kerana di Sarawak, kerjasama antara PDRM dan kementerian sangat erat berbanding negeri-negeri lain. 

“Ini menunjukkan kesungguhan semua pihak dalam memerangi jenayah dadah,” ujarnya.

Sejak beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, tangkapan berkaitan kes dadah meningkat, hasil operasi berterusan di seluruh negeri.

Beliau menegaskan, fokus utama pasukan polis Sarawak ialah memastikan tiada hari tanpa tangkapan dadah, seiring dengan usaha berterusan kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan lain dalam melindungi kesejahteraan rakyat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Masalah air di Batu 10 masih belum diselesaikan setelah lebih dua tahun rayuan
Next: STIDC, Yayasan Sabah jalin kerjasama perkukuh industri buluh dan latihan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.