Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM Sarawak dalam proses naik taraf jawatan OCPD ke Superintenden
  • TEMPATAN

PDRM Sarawak dalam proses naik taraf jawatan OCPD ke Superintenden

Utusan Sarawak 16 hours ago
SUMBANGAN PERIBADI… Mohamad Zainal turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada salah seorang balu anggota polis Sarawak.

LAWAS: Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak kini sedang melalui proses transformasi struktur perjawatan yang melibatkan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Proses transformasi ini termasuk cadangan untuk menaik taraf jawatan Ketua Polis Daerah (OCPD) daripada pangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) kepada Superintenden.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata Sarawak merupakan satu-satunya kontinjen di Malaysia yang masih belum melaksanakan penambahbaikan struktur perjawatan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, pucuk pimpinan PDRM sedang berusaha untuk menaik taraf jawatan OCPD. Dengan kehadiran saya memimpin Sarawak, saya akan cuba percepatkan pelaksanaannya agar tiada lagi OCPD berpangkat DSP.

“Sarawak adalah kontinjen terakhir yang belum melalui naik taraf ini, dan saya harap daerah seperti Lawas akan turut dinaik taraf dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PDRM Sarawak Bil. 3/2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Zainal turut memaklumkan bahawa polis Sarawak bersedia membantu melancarkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada 29 November depan.

RAKAM KENANGAN… Penerima sumbangan PDRM Sarawak merakam kenangan bersama Mohamad Zainal.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir mengenai penugasan anggota akan diputuskan oleh pihak kepimpinan di Bukit Aman, berdasarkan permintaan daripada Kontinjen Sabah.

“Keutamaan akan diberikan kepada IPD yang berhampiran Sabah seperti Lawas, Limbang, Miri dan mungkin Bintulu. Kita masih tunggu senarai keperluan daripada Sabah, tapi persiapan kita sudah bermula sekarang,” jelasnya.

Beliau menambah, bantuan anggota akan disalurkan bermula seawal tempoh penamaan calon dan sepanjang kempen pilihan raya, dengan penambahan bergantung kepada keperluan semasa.

Mengulas mengenai hak anggota polis untuk mengundi, Mohamad Zainal memberi jaminan bahawa semua anggota yang bertugas, termasuk di luar kawasan atau negeri, akan diberikan hak untuk mengundi melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Anggota di Sabah akan mengundi di Sabah, dan di Sarawak akan mengundi di Sarawak. Bagi yang baru bertukar dan tidak sempat tukar tempat mengundi, mereka boleh gunakan kaedah undi awal atau undi pos,” katanya.

Menurutnya, pendekatan ini turut diguna pakai oleh anggota yang bertugas di luar negara, dan yang penting adalah memastikan hak mereka untuk mengundi tidak terjejas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak sedia guna SOSMA, AMLA gempur sindiket dadah
Next: Kerajaan Sarawak komited perkukuh keharmonian agama, salur RM19.07 Juta bina rumah ibadat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.