
MARUDI: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi hari ini ditemani isteri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak, Datin Jennita William.
Ketibaan beliau serta rombongan disambut Ketua Polis Daerah IPD Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil serta pegawai polis yang lain.
Selepas mengadakan pemeriksaan barisan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau serta rombongan bergambar kenangan bersama KPD serta pegawai-pegawai IPD Marudi sebelum mengadakan mesyuarat tertutup di bilik mesyuarat IPD Marudi.

Sementara itu, isteri beliau, Datin Jennita William bersama ahli-ahli PERKEP IPD Marudi mengadakan sesi lawatan ke Rumah PERKEP Marudi dan seterusnya melawat ke Tamu Marudi dan lawatan ke Muzium Marudi dan Fort House Marudi.
Turut hadir dalam rombongan, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah, Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Sarawak, Puspawati Mohd Aris dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kontinjen Sarawak Lim San Aik.
Oleh Jiku Jukuong