Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan – Saifuddin
  • NASIONAL

PDRM perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan – Saifuddin

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran memperhalusi kaedah kerja dan penugasan anggotanya di stesen minyak berhampiran sempadan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Berucap pada Perhimpunan Bulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, beliau berkata memandangkan arahan mengenai penempatan anggota itu masih baharu, PDRM perlu menumpukan kepada keupayaan pasukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas.

“…kerana keputusan (Jemaah Menteri) baru minggu lepas, pihak polis akan ambil masa untuk mengatur gerak, kemudian kita turunkan pasukan kita untuk meningkatkan tugasan tambahan ini seperti mana arahan oleh Jemaah Menteri.

“Jadi kita sukat (ukur) ikut keupayaan kita dengan SOP yang jelas supaya anggota yang ditugaskan tak samar-samar dari segi penugasan. Pertama, perhalusi dulu apa maksud penugasan, akta mana nak diguna pakai, pasukan mana yang kita nak atur gerak.  Itu saya serahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global.

Ia sebagai peluasan kepada penempatan secara statik penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilaksanakan sejak 20 Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengarahkan penambahbaikan segera fasiliti anggota keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan selepas mendapati keadaan kemudahan sedia ada kurang memuaskan.

Beliau berkata terdapat pos kawalan dan tempat rehat anggota yang berada dalam keadaan daif dan tidak selesa walaupun mereka memainkan peranan penting dalam mengekang aktiviti penyeludupan.

“Kita ubah seperti mana kita ubah pos Wang Kelian. Belanja pun tak besar, yang itu kita segerakan untuk tunjuk bahawa kepimpinan di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ambil berat dan benda yang mudah macam tu kita selesaikan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Model 5E tingkat keberkesanan kandungan media sosial kerajaan
Next: Sikap rakyat jadi penentu negara harungi krisis tenaga global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.