Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM pandang serius tindakan pentadbir, guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah
  • NASIONAL

PDRM pandang serius tindakan pentadbir, guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah

Utusan Sarawak 9 hours ago

KETUA Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah) menyantuni murid-murid sekolah pada program Kempen Anti-Bulii di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius tindakan pentadbir sekolah dan guru yang cuba menyelesaikan masalah membabitkan keselamatan pelajar tanpa campur tangan pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata keadaan itu sepatutnya tidak berlaku.

“Apa-apa kejadian yang membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera dan jangan cuba menyembunyikan fakta atau kejadian sebaliknya berkongsi maklumat agar masalah ini dapat diselesaikan di peringkat awal lagi.

“Ini adalah untuk memastikan ibu bapa juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sekolah anak mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Sementara itu, Mohd Khalid  memberi jaminan bahawa sekolah di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku beberapa kes jenayah yang mendapat perhatian masyarakat sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual, ia masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu termasuk bilangan pelajar serta guru.

“PDRM sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.

“PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan anak-anak di sekolah terjamin tapi kita tidak boleh menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Khalid menasihati ibu bapa agar memantau penggunaan telefon pintar dan media sosial anak masing-masing supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Mohd Azam yang meminta kereta peronda polis menjalankan sesi rondaan berkala pada waktu malam di sekolah berasrama.

“Perkara ini akan diperluas dan saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negeri serta Daerah untuk meneruskan tindakan supaya memastikan keselamatan anak-anak yang berada di asrama terjamin.

“Tindakan ini juga akan menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pelajar di situ,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Peruntukan STR, SARA meningkat bukti komitmen kerajaan perkukuh jaringan sosial – MOF
Next: KPM, PDRM kerjasama perkukuh pemantauan keselamatan di semua sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.