Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PDRM Limbang perluas Polis komuniti ke pedalaman dan luar bandar
  • Utara
  • WILAYAH

PDRM Limbang perluas Polis komuniti ke pedalaman dan luar bandar

Utusan Sarawak 9 hours ago
ALAM SEKITAR…Parum dan rakan program melepaskan anak ikan pada Program Polis Komuniti Berprofil Tinggi di Rumah Satu Kuala Mendalam Limbang. Foto Polis Limbang

LIMBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Limbang telah memperluaskan penganjuran program Polis Komuniti Berprofil Tinggi ke kawasan pedalaman dan luar bandar, bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepedulian sosial, kelestarian alam sekitar, serta isu-isu keselamatan yang lain.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Parum Niot berkata pihaknya menjalin kerjasama bersama Kelab Lions Mandarin Limbang bagi menjayakan program itu di Rumah Satu Kampung Kuala Medalam, Limbang semalam.

CERAMAH…Parum menyampaikan ceramah Program Polis Komuniti Berprofil Tinggi diperluaskan ke pedalaman dan luar bandar. Foto Polis Limbang

“Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kepedulian sosial serta kelestarian alam sekitar melalui sumbangan perlepasan anak ikan di sungai dan meningkatkan kemudahan pelajar dengan perasmian hentian bas sekolah.

“Pada program sama kita juga ingin menghargai jasa dan pengorbanan warga emas melalui pemberian sagu hati sebagai tanda prihatin dan kasih sayang terhadap komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut diadakan acara pelepasan anak ikan ke sungai kampung Kuala Mendalam dan ceramah isu buli oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Hadir sama Gabenor Daerah 308A2, Kota Kinabalu, Sabah, Dato’ Winnie Lee Siew Ping, Presiden Kelab Lions Limbang Mandarin, Kong Yin-Sia, Presiden Kelab Lions New Taipei City Kwang Jung, Taiwan, Chiang Tsai-Wen, Presiden Kelab Lions, Belait, Brunei Darussalam, Phyllis Jong, Tuai Rumah Satu Madang dan pegawai-pegawai kanan IPD Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pameran seni istimewa tonjol keberanian dan bakat golongan autisme
Next: Program BIC perkukuh kepimpinan akar umbi dan belia luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.