Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM Lawas tahan lelaki tempatan disyaki terlibat aktiviti perjudian
  • JENAYAH

PDRM Lawas tahan lelaki tempatan disyaki terlibat aktiviti perjudian

Utusan Sarawak 8 hours ago
KESALAHAN JUDI… Dua suspek bersama peralatan untuk aktiviti perjudian ditangkap masing-masing di Merapok dan Jalan Punang Lawas.

LAWAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Lawas telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan telah dibuat pada petang semalam di sebuah kedai Jalan Merapok Lawas.

“Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun, bekerja sendiri, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian. Pemeriksaan lanjut pada telefon pintar mendapati terdapat aplikasi judi.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai. Semakan kesalahan lampau mendapati mempunyai tiga kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 4B (a) ARJT 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang warga Indonesia berusia 35 tahun turut ditahan pada petang sama di sebuah premis di Jalan Punang, Lawas.

“Pemeriksaan pada telefon bimbit mendapati terdapat aplikasi judi. Turut dirampas dua telefon bimbit, pencetak mini, dan sejumlah wang tunai. Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tambahnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Bau tahan lelaki kes amang seksual kanak kanak, siasat kecurian kamera CCTV di pejabat pos
Next: Polis tahan lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.