Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM komited tegakkan keadilan dalam kes kematian kanak-kanak 3 tahun
  • JENAYAH

PDRM komited tegakkan keadilan dalam kes kematian kanak-kanak 3 tahun

Utusan Sarawak 21 hours ago
UCAPAN… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah berucap pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam kes kematian tragik seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai didera hingga maut di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, siasatan kes tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima, dengan penahanan seorang lelaki tempatan yang disahkan positif dadah.

“Alhamdulillah, dalam beberapa jam sahaja kita berjaya menyelesaikan kes ini. Kita telah menahan seorang suspek lelaki dan pagi ini permohonan reman dibuat. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Menurut Datuk Zainal, siasatan awal mendapati terdapat pengakuan daripada suspek serta keterangan beberapa saksi termasuk ibu mangsa yang berada di lokasi kejadian.

SIMBOLIK… Datuk Zainal Abdullah (tiga kiri) menyempurnakan simbolik pelancaran talian hotline JSJN, JSJK dan JSJ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

“Siasatan masih diteruskan untuk memastikan semua keterangan diperoleh bagi membawa suspek ke muka pengadilan.

“Perbuatan memukul kanak-kanak sedemikian rupa amat zalim dan kita akan pastikan siasatan dibuat secara menyeluruh,” tegasnya.

Beliau menambah, polis telah mengambil keterangan ibu mangsa namun belum ada keperluan untuk menahan wanita berkenaan.

Mengulas lanjut, Datuk Zainal tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai hubungan rapat dengan ibu mangsa, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan tersebut, beliau memaklumkan kadar jenayah keseluruhan di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak mencatatkan 8,540 tangkapan sepanjang tempoh Januari hingga September 2025, melibatkan pengedar, pemilik dan penagih dadah, dengan nilai rampasan dadah mencecah RM28.4 juta.

Orang ramai disaran menyalurkan maklumat jenayah melalui hotline JSJN (017-5929211) bagi kes dadah, JSJK (011-62890089) bagi kes penipuan, dan JSJ (013-5259052) bagi aduan jenayah umum.

Oleh Adele Rissa

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kuching Police Chief confirms arrest in Rampangi murder case
Next: Drug test leads to arrest in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.