Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • PDRM jayakan Program Hari Pertama Sekolah di SMK Limbang
  • PENDIDIKAN

PDRM jayakan Program Hari Pertama Sekolah di SMK Limbang

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEKOLAH SELAMAT… Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot pada Program Hari Pertama Sekolah di SMK Limbang, hari ini. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Program Hari Pertama Sekolah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Limbang dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan (KPM) telah diadakan di sekolah tertua daerah ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang, hari ini.

Program tersebut merupakan cerminan komitmen bersama dalam memastikan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan harmoni bagi menyokong proses pembelajaran serta pembentukan insan cemerlang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot, turut hadir menyantuni para pelajar termasuk pelajar baharu yang mendaftar di sekolah berkenaan.

POLIS PRIHATIN… Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot santuni pelajar SMK Limbang pada Program Hari Pertama Sekolah di SMK Limbang, hari ini. Foto IPD Limbang

“Dalam program ini, seramai lima Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang turut hadir menyantuni para pelajar bersama warga pendidik SMK Limbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerjasama erat antara pihak sekolah dan PDRM ini diharapkan dapat terus memupuk kesedaran terhadap aspek keselamatan serta membentuk generasi muda yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Projek Bas Sekolah Percuma berjaya, Sarawak sasar jadi model pengangkutan pelajar bandar
Next: Eksklusif: Bantuan Awal Persekolahan RM150 ringankan beban ibubapa, suntik semangat anak mulakan sesi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.