Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM jamin kawal keselamatan kediaman penduduk yang berpindah banjir
  • TEMPATAN

PDRM jamin kawal keselamatan kediaman penduduk yang berpindah banjir

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Kuching hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memantau penempatan yang ditinggalkan penduduk semasa proses pemindahan banjir bagi memastikan keselamatan harta benda terpelihara dan keadaan rumah kekal terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jaminan itu disampaikan sendiri oleh wakil PDRM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah pemantauan berterusan oleh pihak polis amat penting bagi memberi keyakinan kepada penduduk bahawa rumah serta aset mereka berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“PDRM telah memberi jaminan bahawa mereka akan memantau penempatan-penempatan yang ditinggalkan oleh tuan punya rumah kerana kita ingin menentukan apabila mereka kembali ke rumah nanti, tiada apa-apa berlaku pada rumah mereka,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, Uggah menasihatkan penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir agar sentiasa berwaspada serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa Monsun Timur Laut (MTL), termasuk segera berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.

Beliau menegaskan pemindahan awal merupakan langkah pencegahan yang kritikal untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, selain membolehkan agensi tindak balas menyalurkan bantuan dengan lebih cepat dan tersusun.

“Penduduk yang tinggal di kawasan sentiasa banjir mesti bersiap siaga dan apabila diarahkan berpindah, mereka mesti berpindah kerana matlamat kita memindahkan mereka supaya mereka selamat.

“Sehingga kini tiada perkara tidak diingini berlaku. Inilah yang kita mahu,” katanya.

Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Agensi Menghadapi MTL 2025/2026 itu diadakan bagi menyelaras kesiapsiagaan semua agensi berkaitan dalam menghadapi MTL yang bermula awal November 2025 dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun ini, dengan risiko banjir meningkat terutama di kawasan rendah.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Pentadbiran) yang juga Timbalan Pengerusi JPBNS, Datu Felicia Tan Ya Hua; Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datu Chiew Chee Yau serta Setiausaha Tetap dan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Abdul Wahab Rahim, dan beberapa ketua jabatan lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro kini syarikat milik penuh negeri di bawah Setiausaha Kewangan Sarawak
Next: Sarawak rancang tambah petugas kesihatan di HUS, perkukuh pelaksanaan MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.