Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM hargai pelaksanaan BUDI95, bukti kerajaan prihatin – KPN
  • NASIONAL

PDRM hargai pelaksanaan BUDI95, bukti kerajaan prihatin – KPN

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ANGGOTA Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban Mohammad Khidir Mohammad Shamsuri membuat bayaran menggunakan papan kekunci yang telah tersedia bagi menggunakan petrol RON95 di stesen Petronas S2 City Park pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan MADANI atas pelaksanaan inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON 95 (BUDI95) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata langkah itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara, khususnya melalui sokongan bersepadu kepada PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“PDRM yakin inisiatif ini akan memberi nilai tambah kepada keberkesanan operasi serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JURUGAMBAR Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban Azrin Abd Aziz (kanan) mengisi petrol RON95 di stesen Petronas S2 City Park pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini. Foto BERNAMA

Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis merupakan kumpulan pertama menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 sen seliter di bawah inisiatif BUDI95 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 September lepas.

Inisiatif BUDI95 akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula menikmatinya esok, sebelum diperluas kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif mulai 30 Sept ini.

Melalui inisiatif itu, rakyat Malaysia layak membeli hingga 300 liter petrol RON95 sebulan pada kadar RM1.99 seliter. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: JPJ rekod peningkatan 53 peratus pembaharuan lesen memandu susulan BUDI95
Next: Bata mahu buka cawangan baharu setiap tahun terutama di Johor, Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.