Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PdPR dilaksana jika indeks pencemaran udara lebih 200 – Fadhlina
  • NASIONAL

PdPR dilaksana jika indeks pencemaran udara lebih 200 – Fadhlina

Utusan Sarawak 4 days ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri berkenaan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata keputusan itu dibuat berdasarkan garis panduan sedia ada KPM yang diselaraskan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Kesihatan.

“Berdasarkan garis panduan, kalau IPU lebih 100 tidak boleh (lakukan) aktiviti luar. Lebih daripada 200, PdPR, maksudnya memang akan belajar secara dalam talian. 

“Dari segi garis panduan itu jelas, penjelasan juga telah diberikan kepada semua pengarah negeri untuk buat keputusan segera sekiranya berdasarkan pedoman IPU,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar, Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu 116 dan Johan Setia di Selangor (154), setakat 4.00 petang ini.

Menurut klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat, boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS melalui Google Play atau App Store.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Batu Puteh: Dr Mahathir salah tapi tiada tindakan undang-undang kerana usianya sudah 100 tahun – PM
Next: Bukit Aman umum pertukaran lapan pegawai kanan bermula 25 Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.