Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDP tunggu penambahan 17 kerusi DUN sebelum bincang agihan
  • TEMPATAN

PDP tunggu penambahan 17 kerusi DUN sebelum bincang agihan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Henry Harry Jinep ditemui media selepas Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, hari ini.

BAU: Parti Demokratik Progresif (PDP) masih menunggu perkembangan mengenai cadangan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum membuat sebarang perbincangan mengenai pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep berkata perkara tersebut kini berada di peringkat Parlimen dan parti itu mengambil pendekatan untuk menunggu keputusan rasmi terlebih dahulu.

“Sekarang kami hanya menunggu kerusi baharu, iaitu 17 kerusi yang akan diadakan oleh Parlimen. Jadi buat masa ini kami tidak menyebut apa-apa lagi.

“Sabarlah, sabarlah… sekarang bulan puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.

Mengulas kemungkinan PDP memberi laluan kepada parti lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding di kerusi tertentu, beliau berkata keputusan tersebut perlu dibincangkan di peringkat parti dan kepimpinan gabungan.

“Saya tidak boleh memutuskan sekarang kerana perkara ini perlu dibawa kepada parti dan dibincangkan dalam Majlis Tertinggi.

“Ini isu parti dan keputusan juga perlu dibuat secara konsensus dalam GPS,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerusi Pakan sebelum ini merupakan kerusi milik SPDP sebelum wakil rakyatnya menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan bertanding di bawah tiket GPS.

Mengulas mengenai khabar angin berkaitan penukaran nama kawasan Dewan Undangan Negeri Tasik Biru kepada Singai, Henry Jinep berkata perkara itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, proses tersebut merupakan sebahagian daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan parti politik tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perkara tersebut.

“Saya tidak kisah nama apa pun kerana perkara ini di bawah SPR. Mereka mungkin ada asas atau sebab tertentu untuk menukar nama kawasan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tiong: Peningkatan bantuan SKAS 2026 bukti keprihatinan kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.