Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PDP Batu Danau santuni mangsa banjir
  • Utara
  • WILAYAH

PDP Batu Danau santuni mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENYANTUNI..Daniel (kiri),(dari tiga kanan) Goon Tee, Nawi dan Cecalia ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir kilat di Limbang. 

LIMBANG: Kelab Rakan Mesra Limbang bersama Pemuda dan Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) turun padang menyantuni mangsa banjir kilat di Limbang, semalam.


Ketua Pemuda PDP Batu Danau yang juga Exco Pemuda Pusat, Daniel Taha memberitahu hujan lebat yang turun beberapa hari lepas menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.


“Kami berkesempatan meluangkan masa melawat keluarga yang terkesan akibat banjir kilat. Sedikit sumbangan ikhlas telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan daripada pihak kami.

“Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi  banjir kilat yang melanda pada kali ini,” ujarnya kepada media hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita PDP Batu Danau yang juga Exco Wanita PDP Pusat Lim Goon Tee dan ahli-ahli Kelab Rakan Mesra Limbang Cecalia Lim dan Nawi Jarom.

Daniel turut berharap keluarga terlibat musibah banjir agar terus tabah dan segala urusan dipermudahkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga projek bangunkan SK Haji Junid Gerigat siap
Next: JKR Sarawak dekati komuniti luar bandar di SK Long Tuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.