Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDK edar penutup hidung,mulut
  • TEMPATAN

PDK edar penutup hidung,mulut

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

KAPIT: Pejabat Daerah Kapit (PDK) mengedarkan penutup hidung dan mulut ke rumah-rumah panjang di Daerah Merit, di sini.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut melakukan perjalanan dengan menaiki bot laju berkuasa tinggi yang melalui jeram Pelagus, Batang Rajang.

Penutup hidung dan mulut diagihkan kepada penduduk di daerah Nanga Merit yang meliputi kawasan Sungai Pila, Sungai Metah dan Sungai Merit.

Selain itu, lawatan juga untuk memantau kesesuaian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menilai kesan PKP dalam kalangan penduduk luar bandar.

Pada fasa kedua PKP, Timbalan Residen Kapit, Galong Luang bersama ketua masyarakat Temenggung Wilfred Billy Panyau, Penghulu Esit Nalo dan Penghulu Gruna juga mengunjungi Merit untuk pengedaran bantuan makanan kepada sekitar 1,900 keluarga (isi rumah).

Perjalanan dari Kapit ke daerah kecil Nanga Merit memakan masa kira-kira tiga jam dengan menaiki bot laju enjin berkembar 200 hp berkuasa tinggi.

Penduduk luar bandar terutamanya di Merit di sini paling teruk terjejas selepas pelaksanaan PKP kerana pengangkutan utama bot ekspres berhenti beroperasi.

Turut hadir, Pegawai Tadbir, Robert Anyaw dan Wan Mohd. Shukri.

Continue Reading

Previous: Penduduk desak buru buaya
Next: Bersabar hadapi cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.