Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PCEB lancar garis panduan kebiasaan baharu
  • BISNES

PCEB lancar garis panduan kebiasaan baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Pegawai Eksekutif PCEB Ashwin Gunasekeran

GEORGE TOWN: Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) telah melancarkan edisi pertama, ‘Next Normal Guidelines for Business Events Penang’ (Garis Panduan Kebiasaan Baharu untuk Perniagaan di Pulau Pinang).

Ketua Pegawai Eksekutif PCEB, Ashwin Gunasekeran berkata, garis panduan itu adalah dokumen komprehensif yang memperincikan standard baharu untuk menganjurkan acara perniagaan dalam persekitaran krisis penularan Covid-19.

“Ia dihasilkan oleh sebuah pasukan petugas dianggotai 29 rakan industri bagi memastikan setiap aspek diberikan panduan dalam menganjurkan sesuatu acara.

“Garis panduan ini membuktikan bahawa Pulau Pinang memandang serius fasa pemulihan ketika ini dan kami sudah bersedia untuk penganjuran acara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran garis panduan itu di sini baru-baru ini.

Acara itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Budaya dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin berkata garis panduan itu berdasarkan maklum balas dan input daripada penggiat industri acara perniagaan dan pelancongan Pulau Pinang.

“Usaha ini sejajar dengan langkah kerajaan negeri untuk mengutamakan keselamatan dan kebersihan serta menyakinkan para pelancong.

“Kerajaan negeri juga telah mengeluarkan garis panduan untuk hotel, pusat beli-belah dan pusat tarikan pelancongan dengan susulan daripada amalan kebiasaan baharu ketika ini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penambahbaikan laluan udara
Next: Tanjak rezeki buat guru silat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.