Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PCDS 2030: Sarawak rancang bina 20,000 unit rumah mampu milik
  • BISNES

PCDS 2030: Sarawak rancang bina 20,000 unit rumah mampu milik

Utusan Sarawak 12 hours ago
HADIR…Datuk Amar Dr Sim Kui Hian hadir pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. 

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk memperkukuh pembangunan hartanah dan meningkatkan akses kepada rumah mampu milik melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan usaha kerajaan membina 20,000 unit rumah mampu milik dari 2026 hingga 2030 di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)

“Kerajaan juga telah mengubah cara pembiayaan pembangunan rumah mampu milik dengan membolehkan pemaju menyalurkan sumbangan caj ke dalam Tabung Amanah Perumahan Mampu Milik Sarawak, bukannya membina unit sendiri.

“Langkah ini bertujuan memastikan rumah yang dibina tersedia, mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa, bergantung kepada tindak balas pasaran, suatu masa akan tiba yang mana sektor awam dan swasta perlu membincangkan penggabungan proses kewangan dan keperluan IBS dalam Ordinan serta Peraturan Perumahan Sarawak. 

“Transformasi mungkin kelihatan mencabar pada awalnya, tetapi langkah ini penting bagi memastikan industri hartanah terus berkembang dan sejajar dengan aspirasi ekonomi Sarawak,” tambahnya. 

Oleh Amanda L. 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: SHEDA usulkan cadangan baharu perkasa pembangunan hartanah Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.