Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • PBSM Sibu terus komited lahirkan pelajar berjiwa kemanusiaan
  • PENDIDIKAN

PBSM Sibu terus komited lahirkan pelajar berjiwa kemanusiaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
JEREMY Ling Beng Leh (dua kiri) sambil diiringi Chua Hiong Kee (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan perbarisan ke atas kontinjen PBSM Cabang Sibu sempena Perbarisan Tahunan PBSM Cabang Sibu 2025 yang berlangsung di Stadium Tun Zaidi, Sibu.

SIBU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Sibu terus komited melahirkan generasi pelajar yang berjiwa kemanusiaan, bersemangat kesukarelawanan, selain cemerlang dalam bidang akademik.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Jeremy Ling Beng Leh, berkata sebagai salah satu badan beruniform utama di sekolah, PBSM memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian murid secara menyeluruh.

“Melalui aktiviti PBSM, pelajar bukan sahaja memperoleh nilai murni dan semangat kesukarelawanan, tetapi juga mendapat markah kokurikulum (KK) dalam PAJSK yang menyumbang 10 peratus dalam permohonan ke UPU,” katanya ketika merasmikan Perbarisan Lintas Hormat Tahunan PBSM Cabang Sibu sempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat daerah, hari ini.

Mengulas tema sambutan tahun ini, “Di Sisi Kemanusiaan,” Jeremy berkata tema ini amat bertepatan dalam menggambarkan peranan besar PBSM di peringkat global, termasuk di sekolah rendah dan menengah.

“Saya difahamkan PBSM Cabang Sibu turut banyak mengharumkan nama daerah dan negeri Sarawak menerusi penyertaan dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan,” tambahnya.

Beliau turut menggesa sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk terus menyokong serta memperkukuh peranan PBSM dalam mendidik generasi muda.

Sementara itu, Pengerusi PBSM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee, berkata perbarisan tahunan ini bukan sekadar tradisi, tetapi simbol kesatuan, disiplin dan dedikasi ahli PBSM dalam menyampaikan khidmat kemanusiaan.

“Setiap langkah dan tabik hormat mencerminkan komitmen ahli PBSM terhadap perkhidmatan kemanusiaan serta kesediaan untuk berkhidmat tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Seramai 338 pelajar dari 19 buah sekolah merangkumi 13 buah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah mengambil bahagian dalam perbarisan yang bermula seawal 7.30 pagi di Stadium Tun Zaidi, Sibu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 49 pelajar SMK Bukit Assek terima insentif
Next: Sarawak tawar pendidikan percuma sepenuh masa kepada pelajar dewasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.