Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSM Sarikei santuni bayi lahir pada Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia
  • Tengah
  • WILAYAH

PBSM Sarikei santuni bayi lahir pada Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERAH… NAIB Pengerusi PBSM Cabang Sarikei, Lim Choon Chai menyerahkan hamper kepada ibu bayi. Foto PBSM Cabang Sarikei

SARIKEI: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Sarikei menyambut Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2026 dengan menganjurkan Program Pengangkatan Bayi Bulan Sabit Merah sempena kelahiran lima bayi di Hospital Sarikei pada semalam.

Program tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia yang disambut setiap tahun pada 8 Mei sempena ulang tahun kelahiran pengasas Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Jean Henry Dunant.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Sarikei berkata, sambutan tahun ini bertemakan ‘Bersatu Dalam Kemanusiaan’ yang menekankan dedikasi sukarelawan dan petugas kemanusiaan dalam membantu komuniti ketika menghadapi krisis serta kesusahan.

“Sambutan ini mengiktiraf usaha luar biasa sukarelawan dan petugas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan.

“Ia juga menjadi penghormatan kepada komitmen tidak berbelah bahagi para sukarelawan dan petugas yang sanggup berkorban demi membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, lima bayi yang lahir pada 8 Mei 2026 di Hospital Sarikei telah menerima hamper dan sijil pengangkatan khas yang disampaikan kepada ibu bapa mereka.

Hadir bagi menyerahkan hamper dan sijil tersebut ialah Naib Pengerusi PBSM Cabang Sarikei, Lim Choon Chai.

Dalam pada itu, PBSM Sarikei menjelaskan sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia turut menjadi seruan untuk mempertahankan tindakan kemanusiaan serta memastikan setiap individu yang memerlukan bantuan mendapat akses kepada sokongan secara neutral, bebas dan saksama.

Selain program pengangkatan bayi, ahli PBSM Sarikei turut mengadakan lawatan ke wad materniti dan pediatrik Hospital Sarikei bagi menyampaikan cenderamata dan mendoakan kesejahteraan pesakit.

Turut hadir Setiausaha PBSM Daerah Sarikei, Wong Siew Hung.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong giat dilaksanakan
Next: JPS diminta percepat pembinaan jambatan Enseriban dan Semena di Hulu Medamit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.